Blogger Backgrounds

Wednesday, August 27, 2014

jagakan dia untukku ya Illahi ;')

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa 
Tebarlah tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh 
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia
(Ulang Korus)

Monday, May 20, 2013

DEAR ALLAH ... I'm begging u

Ya Allah, ..dalam keadaan yang merendah diri .. aku merayu  .. aku xnak apa2 melainkan...tolong ...gembirakan mak ayah saya ... Walaupun ia terpaksa mengambil hidup aku ... kuatkan diri aku untuk menempuhi hari2 yang penuh dengan keperitan yang aku rasakan ini ... aku merayu agar bahgiakan mak ayah dan keluarga ku sesungguhnya aku amat menyayangi mereka lebih dari apa yang aku sayang ... Ya Allah jika ini takdir yang telah engkau tetapkan untuk diriku maka kuatkan aku untuk harunginya ..... walaupun aku menyembunyikannya tapi suatu saat ia akan terungkap dan tepat pada masanya .. aku berharap ya Allah .. aku xnak apa2 selain itu ... Ya Allah bantulah aku ya Allah ... Aku berharap agar segala impian dan hajatku termabul sebelum ia berakhir ... insyAllah aku percaya , everything is gonna be okay right? :')

Sunday, February 10, 2013

ujian tanda sayang Allah pada kita :)

Bismillah
assalamualaikum .....

 "Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...

Setiap org menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji..Oleh itu, sbagai hamba Allah yg beriman mmg akan selalu diuji..Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yang maha agong..Jangan sesekali bermegah-megah, riak ataupun nampak alim di sisi manusia tetapi hina di sisi Allah...nauzubillahi min zalik..ya Allah jauhkanlah aku dari semua itu..tetapkanlah hatiku ini dengan keimanan yg teguh terhadapmu.."Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan ketaatan kepadamu.." Amin..

Tuesday, October 9, 2012

Jodoh Rahsia ALLAH


Assalamualaikum semua . i'm back :)
Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi masih diberikan kesempatan untuk ku menikmati setiap keindahan di muka bumi ini ... Sungguhpun ku tahu , hidup ini hanya sementara . akan ku hargai dan menikmati segala yang diberikan Allah kepadaku ...

Jodoh ? seperti apa yang kita ketahui , jodoh , ajal , pertemuan , rezeki dan semuanya adalah rasia Allah .. kita ini hanya perlu berdoa dan meminta dan terus meminta kepadaNya ... kawan2 ingatlah Allah tidak pernah jauh dari kita tetapi kita yang jauh denganNya . Ya Allah sungguh jahilnya diriku ... aku alpa kepadMu tika aku senang , bila aku susah aku tergapai2 mencariMu ya Allah ... aku selalu leka , lalai , sering melakukan kesilapan .. Aku tak sempurna tanpaMu ya Allah ...

Ya Allah , aku suka dia tetapi aku tak tahu adakah dia jodoh ku yang telah ditetapkan oleh sejak ku di dalam perut ibuku lagi . Ya Allah , aku tahu jodoh adalah Rahsia engkau ya Allah tetapi aku tahu bahawanya engkau tahu apa yang aku perlu dan inginkan ... aku menantikan dirimu yang halal buatku ... Ya Allah berikanlah yang terbaik buatku dan dia ... Peliharalah diri kami agar kami tidak terleka akan angan dunia. Kuatkan lah keimanan di dalam hati kami agar kami tidak tertewas dengan bisikan syaitan laknatullah . Amin :)

"ALLAH HAS ALREADY WRITTEN THE NAMES OF YOUR SPOUSES FOR YOU .. WHAT YOU NEED TO WORK ON IS YOUR RELATIONSHIP WITH ALLAH S.W.T .... ALLAH WILL SENT HER/HIS TO YOU WHEN YOU'RE READY .... IT IS ONLY A MATTER OF TIME ... " ...

#I MISS U ... :') 

Saturday, April 21, 2012

tip untuk bangun subuh ..


Assalamualaikum wbt ..
mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim... betulkan niat dan ikhlaskan hati untuk membaca artikel ini :)
ehm boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi untuk  mendirikan solat Subuh di awal waktu .. kenapa ini boleh terjadi ?? 
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab daripada diri kita sebenarnya iaitu diantaranya ia telah menjadi tabiat , tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun ( bila dah bangun tu , bukan nak bangun terus , boleh plak tarik selimut balik .. ish ish semua tu bisikan syaitan semata mata .. bangun dan lawan nafsu malas nak bangun , tak rugi aihh if bangun awal pagi , lagi banyak rezeki kita masuk jika kita tak tidur setelah bangun solat subuh ) .
Ada beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah sukar untuk bangun seawal pagi untuk mendirikan solat ..
1) haruslah tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi ..
2) Ambil wuduk sebelum tidur ..
3) Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal ..
4) Baca surah Al-Mulk , tiga Qul dan doa sebelum tidur ..
5) Pasangkan niat  'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah ' ..
6) Maafkan semua orang sebelum tidur ..
7) Elakkan makan makanan berat sebelum tidur ..
8) Elakkan diri dari melakukan maksiat sebelum tidur ..( mendengar lagu yang tiada unsur unsur islam atau ayt ayt suci al-quran , juga dikira kita tidur dalam maksiat . wa'allahualam )
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda .. Pastikan ia berkualiti .. (jangan letak lagu tido untuk kunci jam . skang tak terbangun pulak , sebab layan je .. :D )
10) Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan sebilik or ssiapa saja untuk mengejutkan anda .. Mungkin minta mereka simbahkan air , urut ibu jari atau (letak jari dalam air panas)  panas ..  jangan buat macam tulisan kuning tu ehh , kesian kawan kita yang nak solat tu , tangan dia sakit sebab kita rendam dalam air .. sekiranya masih sukar untuk bangun !!
p/s : panduan di atas memerlukan sedikit latihan . Namun insyaAllah , Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU . SELAMAT BERAMAL ^_^

Friday, April 20, 2012

hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan

Bismillahirahmanirrahim ..
Assalamualaikum wbt :)

"Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi.Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.Setiap takdir Tuhan ada hikmahnya untuk kebaikan manusia itu juga. Terimalah ujian dari Tuhan secara positif, hati kita akan tenang."

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan.Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai memberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa.Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:

a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan
mendapat hasil yang negatif.

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram


Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.


#perkongsian dari sahabat ke sahabat ,, insyAllah banyak manfaat ny ... :) sama saMA lah kita renungkan bersama :)

Friday, January 6, 2012

jika aku jatuh cinta :)

salam ...
bismillah ...
i.Allah untuk bakal suami ku kelak ... 

bismillahirahmanirahim....
Ya Allah jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintainya..
Ya muhaimin ,jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu  agar tidak terjatuhaku dalam jurang nafsu.. 
Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati , jagalah hatiku padanya agar tidak berpalingpada hatimu...
Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu ...
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu Ya Allah .. jangan lah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu ..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu ya allah .. jangan... jangan biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan pnjang menyeru manusia kepadamu..
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu ,jangan membiarkan akumelampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu ... Amin Ya Rabbal Alamin~~
astaqfirullah....

P/S = semoga cinta yang dicari semua telah ditemui , semoga Allah meletakan kita dibawah payung rahmat kasihnya .. InsyaAllah .. :)