Assalamualaikum wbt ..
mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim... betulkan niat dan ikhlaskan hati untuk membaca artikel ini :)
ehm boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi untuk mendirikan solat Subuh di awal waktu .. kenapa ini boleh terjadi ??
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab daripada diri kita sebenarnya iaitu diantaranya ia telah menjadi tabiat , tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun ( bila dah bangun tu , bukan nak bangun terus , boleh plak tarik selimut balik .. ish ish semua tu bisikan syaitan semata mata .. bangun dan lawan nafsu malas nak bangun , tak rugi aihh if bangun awal pagi , lagi banyak rezeki kita masuk jika kita tak tidur setelah bangun solat subuh ) .
Ada beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah sukar untuk bangun seawal pagi untuk mendirikan solat ..
1) haruslah tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi ..
2) Ambil wuduk sebelum tidur ..
3) Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal ..
4) Baca surah Al-Mulk , tiga Qul dan doa sebelum tidur ..
5) Pasangkan niat 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah ' ..
6) Maafkan semua orang sebelum tidur ..
7) Elakkan makan makanan berat sebelum tidur ..
8) Elakkan diri dari melakukan maksiat sebelum tidur ..( mendengar lagu yang tiada unsur unsur islam atau ayt ayt suci al-quran , juga dikira kita tidur dalam maksiat . wa'allahualam )
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda .. Pastikan ia berkualiti .. (jangan letak lagu tido untuk kunci jam . skang tak terbangun pulak , sebab layan je .. :D )
10) Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan sebilik or ssiapa saja untuk mengejutkan anda .. Mungkin minta mereka simbahkan air , urut ibu jari atau (letak jari dalam air panas) panas .. jangan buat macam tulisan kuning tu ehh , kesian kawan kita yang nak solat tu , tangan dia sakit sebab kita rendam dalam air .. sekiranya masih sukar untuk bangun !!
p/s : panduan di atas memerlukan sedikit latihan . Namun insyaAllah , Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU . SELAMAT BERAMAL ^_^