sebut je pasal ujian ni kan .. semua ada masalah kan ... tapi rilek laa .. setiap ujian yang datang ni ada jalan keluarnya cepat atau lambat je haa.. berdoa lah .. doa kan kekuatan ,, yakin dengan Allah .. Allah Maha Pemilik segalanya .. jangan risau Allah sntiasa mendengar doa setiap hambaNya ... jangan pula kita jadikan ujian sebagai alasan kita ni lemah ... maksud yaa .. yelah bila ujian datang menyapa ,, mula laa rasa macam hidup ni xberguna laa .. ada juga yg sanggup seksa diri dia ... hey come on laa ... jangan lah lemah sangat ,,, sepatutnya ujian yg datang ni buat kita bertambah kuat dan lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu maalah ... redha kan .. dalam pada msa yang sama kita usaha dan ikthiar ,, redha dan usaha kena sesama jalan tau .. jangan lah terlalu serahkan sampai xusaha dan ikthiar langsung ... yelah apa2 pun kita kena serahkan kat Allah ... tapi kita serahkan disaat kita usaha dan ikthiar ,, disitu Allah melihat usaha kita ,, Allah Maha Mengasihi ... DIA bagi ujian bukan untuk membebankan kita tapi DIA beri atass kemampuan kita juga ... tanda Allah sayang pada kita dan Allah nak kita sentiasa mengingati DIA ,, sesungguhnya Dia MaHa Pemilik segalanya .. so rilek laa ... sentiasa hidup dalam keadaan positif sebabnya bila positifkan diri kita .. in shaa Allah yang akan dtg nanti semua baik2 je n hidup pun akan sentiasa tenang ,, waallaualam ... jika ada kesilapan mohon tegurlah ... yang baik semuanya datang dripada Allah SWT ,, yang buruknya datang dari kelemahan diri saya .. peace yowww
Thursday, February 19, 2015
Thursday, February 12, 2015
suatu penantian
suatu penantian yang tak pasti ... penantian yang membuat hati terasa sedih ... suatu penantian yang penuh dengan onak duri dan liku liku cabaran .. disaat jarak memisahkan , ujian datang menyapa ... menguji kesabaran hati dan jua kesetiaan .. terkadang hati berbisik...kenapa dan mengapa ?? kenapa diuji lagi .. tertitis mutiara indah di tikar sejadah ... astagfirullahalazim ... tersedar dan tertunduk seketika ... membiarkan butir2 mutiara ini membasahi pakaianku .. hati berbisik kecil .. ohh .. mungkin ini sentuhan kasih sayang Allah pada diriku ... tak baik aku bersangka buruk .. Astagfirullahalazim ... bersabarlah hati ... untuk memiliki dan menginginkan sesuatu yang baik memang sukar ... sebab itu ingin ke syurga , banyak rintangannya tetapi untuk ke neraka tersangatlah mudah .. jika syurga yang kita dambakan .. lawan lah .. bangun teruskan langkah ini ... jangan biarkan perasaan ini melemahkan dirimu .. kuatkan ...
syaitan akan berusaha sekeras2nya untuk mengagalkan niat baik anak cucu adam ..jadi tabahkan lah dirimu wahai hati ..ini adalah sekecil2 ujian yang datang menyapa ... Allah ingin menguji kekuatan keimanan seseorang terhadapNya dan kepada siapa kita nak bergantung pengharapan selain ... DIA maha pemilik segala2nya ... jika ia mahukan maka terjadi lah ia ...
oh Allah andai ujian ini adalah jalan yang terbaik untuk diriku mendekatiMu .. aku redha .. aku yakin dan percaya padaMu .. sebaik2 perancangan adalah perancangan Mu .. ya Tuhan berikanlah yang terbaik buat hidup ini ....
bersendirian diri untuk muhasabah dan mengadu padaNya ... indahnya rahsia Mu ya Tuhan :)
tak kan dapat berdiri tanpaMu disisi ... tak ternafas aku andai tiada Engkau dihati ..
Allah
Tuesday, February 10, 2015
memaafkan itu kan lebih baik
memaafkan itu lebih baik .. semulia2nya hati seseorang adalah sentiasa memaafkan seseorang yang pernah meyakitinya atau sebagainya .. in shaa Allah hati akan sentiasa tenang bila kita sentiasa memaafkan seseorang ... ok andai kata .. ada seseorang yang telah membuatkan hati kita terluka dan terus mendiamkan diri ... kita jangan cepat melatah .. cuba kita ambil sedikit ruang .. fikirkan sejenak ... kenapa dia buat macam tu ?? .. mungkin ada sebab2 dia yang dia tak mampu nak kongsi , mungkin dia ada masalah dan perlukan ruang untuk bersendirian , berikan dia ruang .. jangan kita tambah tekanan pada dia ..dan mungkin juga ada salah kita atau sebab dia macam tu ... inilah lumrah .. ini juga dikira ujian buat kita yang Allah sedang uji sejauh mana tahap kesabaran kita dan tahap keimanan kita padaNya .. betul x ? jom sesama muhasabah .. kekadang kita tak perlu pentingkan diri kita sendiri .. kita kena pikir juga orang disekeliling kita .. jadi ... jangan lah ada sifat dendam atau nak salah si dia seratus peratus .. berikan dia ruang untuk bersendirian .. itu lebih baik . in shaa Allah sesama kita tanamkan sifat sifat yang menenangkan hati kita .. dan jangan sesekali ada sifat sifat yang merosakkan hati kita .. kesian hati kita .. kenapa nak seksa hatii kita sendiri ? tak sayang ke ? .. akhir kata semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNya ... in shaa Allah ... amin .. salam sayang buat semua :) Assalamualaikum
rahsia Allah...antara diriku dan dia....
Setibanya di
lapangan terbang. Apabila kaki melangkah keluar dari kereta dengan serta merta mata
ligat mecari susuk tubuh badan seseorang yang dinantikannya selama 4 tahun
lebih. Hati berdebar tidak terkata dek kerana terlalu gementar bercampur
gembira. Setibanya kaki berpijak di
ruangan menunggu, tiba-tiba mata terpandang satu susuk tubuh seseorang
berkemeja putih, berseluar jeans koko dan kasut kulit koko yang sedang leka
melihat telefon bimbitnya. Mata terpaku tidak berkelip, jantung berdegup laju
bagaikan terlihat sesuatu yang tersangat indah di hadapan. Mata bertentang mata
disambutnya dengan senyuman manis yang terukir membuatkan diri terasa
diawang-awangan. ‘Assalamualaikum’ ungkapan ayat lelaki tersebut membuat diriku
tersedar seketika dari terawang jauh. ‘waalaikummussalam’ disambut salam oleh
diriku........................
to be continue..soon...in shaa Allah :).
Sunday, February 8, 2015
mysoul
duhai jiwa..
kau hadir dikala aku memerlukan .
hadirnya engkau membuatkan diriku bahagia ,
setiap katamu menjadi semangat buatku terus bernafas ,
aku bahagia...
bahagia adanya engkau sentiasa mengembirakan ku
engkau penyeri hidupku ,
engkau membuatkan hari2 ku indah ,
bagaikan dunia ini milik ku ,
ohh Allah .. indahnya anugerah yang kau berikan ,
nikmat yang ku rasakan ini ..
pertemuan yang Engkau aturkan terasa begitu indah ,
sempurnanya ...
syukur aku kehadratMu ya Illahi..
tetapi.....
kebahagiaan ku rasakan ini terasa bila ia jauh...
jauh jauh dan jauh ,
apakah yang sedang engkau rancang untukku ..
hikmah apa yang Engkau sembunyikan dariku ..
aku pasrah ,
aku redha dengan segala ketentuanMu ..
diri tiada daya untuk bertahan ..
tetapi..
ia mampu bertahan kerana diriMu sentiasa
mekar di setiap helaan nafasku ..
oh Tuhan ,
damaikanlah hati ini ,
agar aku dapat merasakan indahnya
perancanganMu ..
terima kasih ya Allah ..
ujian yang menyapa ini
membuatkan diri ini sentiasa sedar
sentiasa rasa syukur diatas kenikmatan
yang Engkau berikan ..
Alhamdulillah ..
menyapa diri
ujian datang dan terus datang menyapa diri .. hari hari terasa bagaikan layu tak bermaya ... apakah hikmah disebalik semua ini ... hati berbisik 'oh Allah , adakah ini....adakah ini rindu Mu padaku ... Allah berikan aku kekuatan serta ketabahan ...' aku lemah tanpaMu .. tanpaMu jua .. aku tak mampu berdiri dengan sempurna .. tanpaMu nafasku seakan terhenti .. Allah .. aku mendambakan cintaMu ... cinta yang kekal selamanya ... sentiasa mekar disetiap deyutan jantungku ... Allah ... aku tahu Engkau..sebaik2 perancangan buat hidupku ...ku serahkan segala jiwa dan ragaku untukMu ... semakin aku cuba memahami...semakin ia mengelirukan diriku ... oh Allah tenangkan hati ini ... andai tiba saat terakhir sisa sisa kehidupan ini .. oh Allah aku merayu agar dikala tiba saatnya bertemu dengan Mu ... hatinya bersih terhindar dari segala sifat yang merosakan hati ini ... andai telah tiba saatnya ... aku memohon agar Engkau perkenankan segala taubatku .. sesungguh setiap kesakitan ini penghapus dosa diatas segala khilaf dan kelalaianku yang lalu .. semoga Engkau menerima taubat ku ini .. terimalah ya Allah ... duhai hati bersabar bersabar dan bersabarlah ............janji Allah itu pasti
Saturday, February 7, 2015
DIA dan AKU
menangis ... menangis ... tiada siapa yang akan mengerti erti sebuah perasaan .. perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata kata tetapi hanya airmata yang dapat menghilangkan segala kesakitan yang terasa .. hanya DIA dan AKU .. sebuah cerita yang takkan pernah habis .. hanya DIA yang sentiasa setia dan memahami isi hati setiap hambaNya .. seluruh jiwa dan raga ku serahkan padaMu agar hati ini diberikan sedikit kekuatan dan ketabahan ...terkadang hati berbisik dengan penuh rendah hati dengan penuh pengharapan .. apakah ini ? apa yang sedang engkau rancangkan untukku .. bukan hati ingin mempersoal tetapi ingin ku mengerti apa yang sedang dirancangkan olehMu padaku .. lihatlah dunia ... renung di langit dan senyumlah ... Alhamdulillah DIA sentiasa setia untukku .. sentiasa ada ..
Subscribe to:
Posts (Atom)


