Blogger Backgrounds

Tuesday, February 10, 2015

memaafkan itu kan lebih baik

memaafkan itu lebih baik .. semulia2nya hati seseorang adalah sentiasa memaafkan seseorang yang pernah meyakitinya atau sebagainya .. in shaa Allah hati akan sentiasa tenang bila kita sentiasa memaafkan seseorang ... ok andai kata .. ada seseorang yang telah membuatkan hati kita terluka dan terus mendiamkan diri ... kita jangan cepat melatah .. cuba kita ambil sedikit ruang .. fikirkan sejenak ... kenapa dia buat macam tu ?? .. mungkin ada sebab2 dia yang dia tak mampu nak kongsi , mungkin dia ada masalah dan perlukan ruang untuk bersendirian , berikan dia ruang .. jangan kita tambah tekanan pada dia ..dan mungkin juga ada salah kita atau sebab dia macam tu ... inilah lumrah .. ini juga dikira ujian buat kita yang Allah sedang uji sejauh mana tahap kesabaran kita dan tahap keimanan kita padaNya .. betul x ? jom sesama muhasabah .. kekadang kita tak perlu pentingkan diri kita sendiri .. kita kena pikir juga orang disekeliling kita .. jadi ... jangan lah ada sifat dendam atau nak salah si dia seratus peratus .. berikan dia ruang untuk bersendirian .. itu lebih baik . in shaa Allah sesama kita tanamkan sifat sifat yang menenangkan hati kita .. dan jangan sesekali ada sifat sifat yang merosakkan hati kita .. kesian hati kita .. kenapa nak seksa hatii kita sendiri ? tak sayang ke ? .. akhir kata semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNya ... in shaa Allah ... amin .. salam sayang buat semua :) Assalamualaikum

rahsia Allah...antara diriku dan dia....

Setibanya di lapangan terbang. Apabila kaki melangkah keluar dari kereta dengan serta merta mata ligat mecari susuk tubuh badan seseorang yang dinantikannya selama 4 tahun lebih. Hati berdebar tidak terkata dek kerana terlalu gementar bercampur gembira.  Setibanya kaki berpijak di ruangan menunggu, tiba-tiba mata terpandang satu susuk tubuh seseorang berkemeja putih, berseluar jeans koko dan kasut kulit koko yang sedang leka melihat telefon bimbitnya. Mata terpaku tidak berkelip, jantung berdegup laju bagaikan terlihat sesuatu yang tersangat indah di hadapan. Mata bertentang mata disambutnya dengan senyuman manis yang terukir membuatkan diri terasa diawang-awangan. ‘Assalamualaikum’ ungkapan ayat lelaki tersebut membuat diriku tersedar seketika dari terawang jauh. ‘waalaikummussalam’ disambut salam oleh diriku........................

to be continue..soon...in shaa Allah :). 

Sunday, February 8, 2015

mysoul

duhai jiwa..
kau hadir dikala aku memerlukan .
hadirnya engkau membuatkan diriku bahagia ,
setiap katamu menjadi semangat buatku terus bernafas ,
aku bahagia...
bahagia adanya engkau sentiasa mengembirakan ku 
engkau penyeri hidupku ,
engkau membuatkan hari2 ku indah ,
bagaikan dunia ini milik ku ,
ohh Allah .. indahnya anugerah yang kau berikan ,
nikmat yang ku rasakan ini ..
pertemuan yang Engkau aturkan terasa begitu indah ,
sempurnanya ...
syukur aku kehadratMu ya Illahi..
tetapi.....
kebahagiaan ku rasakan ini terasa bila ia jauh...
jauh jauh dan jauh ,
apakah yang sedang engkau rancang untukku ..
hikmah apa yang Engkau sembunyikan dariku ..
aku pasrah , 
aku redha dengan segala ketentuanMu ..
diri tiada daya untuk bertahan ..
tetapi..
ia mampu bertahan kerana diriMu sentiasa
mekar di setiap helaan nafasku ..
oh Tuhan ,
damaikanlah hati ini ,
agar aku dapat merasakan indahnya
perancanganMu ..
terima kasih ya Allah ..
ujian yang menyapa ini
membuatkan diri ini sentiasa sedar
sentiasa rasa syukur diatas kenikmatan
yang Engkau berikan ..
Alhamdulillah ..



menyapa diri

ujian datang dan terus datang menyapa diri .. hari hari terasa bagaikan layu tak bermaya ... apakah hikmah disebalik semua ini ... hati berbisik 'oh Allah , adakah ini....adakah ini rindu Mu padaku ... Allah berikan aku kekuatan serta ketabahan ...' aku lemah tanpaMu .. tanpaMu jua .. aku tak mampu berdiri dengan sempurna .. tanpaMu nafasku seakan terhenti .. Allah .. aku mendambakan cintaMu ... cinta yang kekal selamanya ... sentiasa mekar disetiap deyutan jantungku ... Allah ... aku tahu Engkau..sebaik2 perancangan buat hidupku ...ku serahkan segala jiwa dan ragaku untukMu ... semakin aku cuba memahami...semakin ia mengelirukan diriku ... oh Allah tenangkan hati ini ... andai tiba saat terakhir sisa sisa kehidupan ini .. oh Allah aku merayu agar dikala tiba saatnya bertemu dengan Mu ... hatinya bersih terhindar dari segala sifat yang merosakan hati ini ... andai telah tiba saatnya ... aku memohon agar Engkau perkenankan segala taubatku .. sesungguh setiap kesakitan ini penghapus dosa diatas segala khilaf dan kelalaianku yang lalu .. semoga Engkau menerima taubat ku ini .. terimalah ya Allah ... duhai hati bersabar bersabar dan bersabarlah ............janji Allah itu pasti 

Saturday, February 7, 2015

DIA dan AKU

menangis ... menangis ... tiada siapa yang akan mengerti erti sebuah perasaan .. perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata kata tetapi hanya airmata yang dapat menghilangkan segala kesakitan yang terasa .. hanya DIA dan AKU .. sebuah cerita yang takkan pernah habis .. hanya DIA yang sentiasa setia dan memahami isi hati setiap hambaNya .. seluruh jiwa dan raga ku serahkan padaMu agar hati ini diberikan sedikit kekuatan dan ketabahan ...terkadang hati berbisik dengan penuh rendah hati dengan penuh pengharapan .. apakah ini ? apa yang sedang engkau rancangkan untukku .. bukan hati ingin mempersoal tetapi ingin ku mengerti apa yang sedang dirancangkan olehMu padaku .. lihatlah dunia ... renung di langit dan senyumlah ... Alhamdulillah DIA sentiasa setia untukku .. sentiasa ada .. 

Monday, January 19, 2015

i'm begging u

ya Allah kepadaMu aku bermohon ... jagakan dia untukku ... sejauh mana dia pergi . hatiku takkan pernah pudar mencintaiNya kerana Mu . ingatan ku padanya takkan pernah hilang ... sentiasa sentiasa diingatan ... terima kasih ya Allah diatas anugerah yang engkau berikan padaku ... akan ku jaga sebaik mungkin...kearah yang Engkau redhai .. lindungilah dia ya Allah .. sesungguhnya dia adalah  separuh dari jiwaku . jagakan dia untukku .. 

Thursday, January 8, 2015

UJIAN itu hadiah dari ALLAH

bismillahirahmanirahim ...

ujian ... ujian ... ujian dari Allah .. kekadang ujian dari Allah adalah sebagai peringatan dan pengajaran buatnya untuk kita .. untuk kita .. Hari terus berganti hari .. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari .. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri , tanpa  disedari atau tidak , manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi .. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa .. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya ..
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya .. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya , oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita .. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita .. Cuma kita sebagai hambaNya , adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya  .. Hakikatnya saat ini , saat kita sedang mengecapi bahagia , ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita .. Ada di kalangan  manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang .. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi ..
kekadang kita akan mempersoalkan :
“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”
 Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian .. Kadangkala  tanpa sedar dan niat  kita juga  terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian ..Tetapi , apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah  kembali , tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung .. Mengapa beruntung ? ..Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih .. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya ..dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)"
Sebagai manusia biasa , kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul ... Walaubagaimanapun , jika kita mengetahuinya , apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa  itu .. Jika direnungkan kembali , kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa , tetapi saat ujian itu tiba , mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah ? munasabahlah diri ..
Manusia itu sifatnya pelupa , Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia , kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa . Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini ? UJIAN .. Ya , Ujian .. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang ..
Allah Tuhan yang Maha Mengetahui .. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita , kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian ..subhanaAllah .. sayangnya DIA pada kita ..  Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)"
Jadi marilah sama-sama kita bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji .. Inilah saatnya bagi kita  merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan .. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini , maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi ..
Jika saat ini kita sedang diuji oleh NYA .. INGATLAH !! ..sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah kita kerana UJIAN ini adalah HADIAH dariNYA untuk kita .. Alhamdulillah , SubhanaAllah , Allahuakbar ..