ujian datang dan terus datang menyapa diri .. hari hari terasa bagaikan layu tak bermaya ... apakah hikmah disebalik semua ini ... hati berbisik 'oh Allah , adakah ini....adakah ini rindu Mu padaku ... Allah berikan aku kekuatan serta ketabahan ...' aku lemah tanpaMu .. tanpaMu jua .. aku tak mampu berdiri dengan sempurna .. tanpaMu nafasku seakan terhenti .. Allah .. aku mendambakan cintaMu ... cinta yang kekal selamanya ... sentiasa mekar disetiap deyutan jantungku ... Allah ... aku tahu Engkau..sebaik2 perancangan buat hidupku ...ku serahkan segala jiwa dan ragaku untukMu ... semakin aku cuba memahami...semakin ia mengelirukan diriku ... oh Allah tenangkan hati ini ... andai tiba saat terakhir sisa sisa kehidupan ini .. oh Allah aku merayu agar dikala tiba saatnya bertemu dengan Mu ... hatinya bersih terhindar dari segala sifat yang merosakan hati ini ... andai telah tiba saatnya ... aku memohon agar Engkau perkenankan segala taubatku .. sesungguh setiap kesakitan ini penghapus dosa diatas segala khilaf dan kelalaianku yang lalu .. semoga Engkau menerima taubat ku ini .. terimalah ya Allah ... duhai hati bersabar bersabar dan bersabarlah ............janji Allah itu pasti
Sunday, February 8, 2015
Saturday, February 7, 2015
DIA dan AKU
menangis ... menangis ... tiada siapa yang akan mengerti erti sebuah perasaan .. perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata kata tetapi hanya airmata yang dapat menghilangkan segala kesakitan yang terasa .. hanya DIA dan AKU .. sebuah cerita yang takkan pernah habis .. hanya DIA yang sentiasa setia dan memahami isi hati setiap hambaNya .. seluruh jiwa dan raga ku serahkan padaMu agar hati ini diberikan sedikit kekuatan dan ketabahan ...terkadang hati berbisik dengan penuh rendah hati dengan penuh pengharapan .. apakah ini ? apa yang sedang engkau rancangkan untukku .. bukan hati ingin mempersoal tetapi ingin ku mengerti apa yang sedang dirancangkan olehMu padaku .. lihatlah dunia ... renung di langit dan senyumlah ... Alhamdulillah DIA sentiasa setia untukku .. sentiasa ada ..
Monday, January 19, 2015
i'm begging u
ya Allah kepadaMu aku bermohon ... jagakan dia untukku ... sejauh mana dia pergi . hatiku takkan pernah pudar mencintaiNya kerana Mu . ingatan ku padanya takkan pernah hilang ... sentiasa sentiasa diingatan ... terima kasih ya Allah diatas anugerah yang engkau berikan padaku ... akan ku jaga sebaik mungkin...kearah yang Engkau redhai .. lindungilah dia ya Allah .. sesungguhnya dia adalah separuh dari jiwaku . jagakan dia untukku ..
Thursday, January 8, 2015
UJIAN itu hadiah dari ALLAH
bismillahirahmanirahim ...
ujian ... ujian ... ujian dari Allah .. kekadang ujian dari Allah adalah sebagai peringatan dan pengajaran buatnya untuk kita .. untuk kita .. Hari terus berganti hari .. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari .. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri , tanpa disedari atau tidak , manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi .. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa .. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya ..
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya .. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya , oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita .. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita .. Cuma kita sebagai hambaNya , adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya .. Hakikatnya saat ini , saat kita sedang mengecapi bahagia , ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita .. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang .. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi ..
kekadang kita akan mempersoalkan :
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya .. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya , oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita .. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita .. Cuma kita sebagai hambaNya , adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya .. Hakikatnya saat ini , saat kita sedang mengecapi bahagia , ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita .. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang .. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi ..
kekadang kita akan mempersoalkan :
“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”
Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian .. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian ..Tetapi , apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali , tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung .. Mengapa beruntung ? ..Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih .. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya ..dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)"
Sebagai manusia biasa , kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul ... Walaubagaimanapun , jika kita mengetahuinya , apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu .. Jika direnungkan kembali , kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa , tetapi saat ujian itu tiba , mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah ? munasabahlah diri ..
Manusia itu sifatnya pelupa , Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia , kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa . Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini ? UJIAN .. Ya , Ujian .. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang ..
Allah Tuhan yang Maha Mengetahui .. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita , kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian ..subhanaAllah .. sayangnya DIA pada kita .. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)"
Jadi marilah sama-sama kita bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji .. Inilah saatnya bagi kita merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan .. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini , maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi ..
Jika saat ini kita sedang diuji oleh NYA .. INGATLAH !! ..sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah kita kerana UJIAN ini adalah HADIAH dariNYA untuk kita .. Alhamdulillah , SubhanaAllah , Allahuakbar ..
Friday, December 5, 2014
real life
ini lah kehidupan .. terkadang kita tersangat sedih .. terkadang kita terlalu gembira .. tapi berhati2 dalam perilaku mu kerana suatu saat ia akn berbalik pada kehidupan kamu .. hidup ini ibarat putaran roda .. kejap kita dibwah dan kejap kita diatas .. ada pasang surutnya .. apa pun terjadi ,. kuat .. harus kuat .. kerana ini adalah sekecil2 ujian yang Dia berikan .. jangan mengalah dan jangan rasa diri terlalu lemah .. kerana hidup masih panjang .. kita xtawu apa yang bakal kita lalui di hadapan nanti ... yang kita lalui sekarang adalah sebagai pengajaran hidup kita untuk menjadi dan melangkah ke arah yang lebih baik , percaya lah sebaik2 perancang dalam hidup kita adalah Dia .. Dia yang sentiasa setia bersama kita .. yang tidak pernah jauh dari kita cuma kita ,,, kita seringkali terleka dan dibuai mimpi dunia sehingga kita alpa .. percaya lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. disitu kita akan merasakan ... indahnya perancangan yang Maha berkuasa ... janji setia ku padaMU .. tak akan menduakan diriMU ..
Wednesday, August 27, 2014
jagakan dia untukku ya Illahi ;')
Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada
(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian
Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada
(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian
Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia
(Ulang Korus)
Monday, May 20, 2013
DEAR ALLAH ... I'm begging u
Ya Allah, ..dalam keadaan yang merendah diri .. aku merayu .. aku xnak apa2 melainkan...tolong ...gembirakan mak ayah saya ... Walaupun ia terpaksa mengambil hidup aku ... kuatkan diri aku untuk menempuhi hari2 yang penuh dengan keperitan yang aku rasakan ini ... aku merayu agar bahgiakan mak ayah dan keluarga ku sesungguhnya aku amat menyayangi mereka lebih dari apa yang aku sayang ... Ya Allah jika ini takdir yang telah engkau tetapkan untuk diriku maka kuatkan aku untuk harunginya ..... walaupun aku menyembunyikannya tapi suatu saat ia akan terungkap dan tepat pada masanya .. aku berharap ya Allah .. aku xnak apa2 selain itu ... Ya Allah bantulah aku ya Allah ... Aku berharap agar segala impian dan hajatku termabul sebelum ia berakhir ... insyAllah aku percaya , everything is gonna be okay right? :')
Subscribe to:
Posts (Atom)


